~~Cik ZueRa85 HuNgaH-HuNgGaH~~
~~ SiApAkAh DiRiMu ? - WaHai BaKaL ImAmKu..~~
Wednesday, October 3, 2012 @ 6:47 PM | 0 Comment [s]

gambar kartun karikatur muslim

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur’:26)

Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu. Aku di sini adalah untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau pelengkap tulang rusukku..

Aku masih tertanya-tanya "SIAPAKAH DIRIMU" yang Allah telah ciptakan sebagai Peneman Hidupku, Imam Di Dalam Solatku, Pelengkap Hidupku, Pembimbingku, Sayap Kanan Kepadaku, Ketua Keluargaku serta Ayah Kepada Anak-anakku nanti..

"SIAPAKAH DIRIMU" Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini ? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari..

Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. Bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “Usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu”  Terima kasih dan segala Sujud Syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..


"Sayangku.. Kasihku.. Cintaku.. Hatiku.. Rinduku.." Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku "Bakal Suamiku".. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak Mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang mengaburi mataku. 

Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan aku seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau "Bakal Suamiku"…

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan lelaki yang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa.. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah Agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran Agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat Sunat, Tahajjud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-Quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan Bacaan Hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak Istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya Iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan Syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

KELUARGA YANG SOLEH BERMULA DARI HUBUNGAN YANG SUCI”

Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang Soleh jika hubungan sebelum Akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Aku mengharapkan hubungan yang suci denganmu setelah Akad. Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar  aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang Halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda Lagha. Selagi kita belum disatukan dalam ikatan yang sah, selagi itu kita tak sepatutnya bercakap melalui telefon, ber ‘SMS’ , berjumpa bertentangan mata, menjeling antara satu sama lain.

Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Maka, segeralah bertaubat. Lakukanlah Solat Sunat Taubat. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku dan aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
Itulah janji Allah S.W.T buat  semua manusia seperti mana ayat diatas tadi. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya kita masih meragui kalimah Ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti ?

Nota Manis Cik Zuera85 : Dari hati yang tulus ikhlas.. Hanya untukmu.. Bakal Suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya..~ KZ (•̀́)

Penang Mali !!!

~~ SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTRi MaaF ZaHiR & BaTiN ~~
Wednesday, August 15, 2012 @ 2:17 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum Kepada Sahabat Yang Dikasihi…

Pejam celik pejam celik dah masuk 26 Ramadhan sudah.. Tak beberapa hari lagi dah nak sambut raya kan… Cepatnye lah masa berlalu… Rasa sayu jer hati nih nak meninggalkan Ramadhan.. Entah kan boleh bertemu lagi ke pada Ramadhan yang akan datang.. Wallahualam…

Macam mana dengan persiapan raya korang ?? Baju raya berapa pasang sorang tahun nih ?? Ape plak temanye ?? Mesti macam-macam yang korang rancangkan… Hehehe… Tak kisah lah ape tema dan berapa pasang sekali pun asalkan korang jangan membazir ye… Kerana membazir itu malan Syaitan.. Dan dalam pada kita bergembira nak menyambut Hari Raya nih, janganlah kita lupakan pada mereka yang tak bernasib baik macam kita.. Sama-samalah kita mengingatkan diri kita masing-masing yer…

So, di kesempatan nih saya selaku owner blog “Cik Zuera85 Hunggah-hunggah” nih ingin memohon SERIBU kemaafan jikalau kata-kata saya di dalam blog ini ada menyinggung mana-mana perasaan samada secara sengaja ataupun tidak sengaja.. Harap kalian semua memaafkan insan yang kerdil ini.. Yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri manakala yang baik itu pastinya datang daripada Allah SWT…

Terima lah Kad Hari Raya yang tak seberapa daripada saya untuk pembaca blog semua… (^__^)




Ketupat rendang hidangan di pagi raya
Wajik dan dodol jangan di lupa
Salam dihulur kemaafan dipinta
Moga terampun dosa yang ada

Duhai Sahabat yang daku sayangi
Salam Aidilfitri ucapan diberi
Ku pohon ampun setulus hati
Moga Silaturrahim berkekalan abadi

Dengan iringan doa dan ucap selamat
Moga Aidilfitri bertambah rahmat..

Ingatan tulus ikhlas daripada :

Penang Mali !!!


~~ Jika RINDUKAN SESEORANG, PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH ~~
Tuesday, August 14, 2012 @ 3:21 PM | 0 Comment [s]


" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji
untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..


Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.
.

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk
melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

*Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini.. Terima kasih kerana memberikan JAR
AK itu kepada aku dan dia*







~ RiNdU Sa'AdAh ~~
Saturday, August 4, 2012 @ 5:20 PM | 0 Comment [s]

Kebahagiaan……

Biarlah ia sentiasa mengiringiku

Di saat aku jatuh….

Di saat aku lemah….

Tak kan mudah ku mengalah

Pada dugaan di dunia…

Tak kan mudah ku rebah

Pada cabaran yang mengasak jiwa….

Kerana…..

Kekuatan adalah rinduku…

Keberanian adalah cintaku….

Kesungguhan adalah kasihku….

Hanya pada-Nya cinta

yang abadi….

Rinduku pada manusia tak se gah rinduku padaNya

Cintaku pada manusia tak se gah cintaku padaNya

Kasihku pada manusia tak se gah kasihku padaNya

Kerana….

Kebahagiaan hanyalah padaNya…

Biarlah rinduku bertebaran…

Mencari destinasi pasti…

Dalam rinduku terselit nama-Mu

Dalam cintaku tersimpan kasih-Mu

Dalam bahagiaku menggunung rahmat-Mu

Akan ku simpan kerinduan ini….

Menjadi mahar kebahagiaan

Hanyalah pada-Mu…….

“Seindah makna terselit namamu, secantik peribadi lukisan diri….”

Nota Manis Cik Zuera85 : Sa'adah Al-Khadra' (Kebahagiaan yang kehijauan-tenang)

-Sa'adah Ad-Daraini (menuju kebahagiaan di dunia dan akhirat) KZ (•̀́


~~ SeBeLuM & SeLePaS ~~
Thursday, July 26, 2012 @ 2:50 PM | 0 Comment [s]


Bila orang yang kau sayang,
Berubah sikit asalkan kau happy.

Bila orang yang kau sayang,
Tanya 'How's your day today, Sayang?,'

Bila orang yang kau sayang,
Usap-usap ubun rambut kau dan kata 'It's gonna be ok,'

Bila orang yang kau sayang,
Peluk kau lebih kuat dari kau peluk dia.

Bila orang yang kau sayang,
Tanya 'Dah sapedek belum?,'

Bila orang yang kau sayang,
Sentiasa ada bila kau perlukan seseorang.

Bila orang yang kau sayang,
Ingat segala sweet moments korang berdua.

Bila orang yang kau sayang,
Masih layan dan sayangkan kau sama macam dipertemuan pertama.

Sengih sampai belakang kepala.
Dia punya happy tu sampai tak makan pun takpa.

Tapi apa yang selalu terjadi adalah, kita lupa apa yang kita buat sebelum kita dapat. Kita lupa yang kita dah berhabis duit dan tenaga untuk mengejar orang yang kita puja. Walaupun masa sangat terhad, tetap kita gagah jumpa dan luangkan masa dengan dia. Duit tak ada, memang pokai tahap mega tapi tetap kita call atau sms untuk maintainkan perasaan sayang dan tanggung perasaan rindu.

Tapi lepas semua yang kita usaha kita dah dapat, semua yang kita pernah buat kita lupa satu-satu. Bila ajak jumpa, kata asyik nak berkepit. Bila tanya kenapa tak balas sms atau call pun boleh jadi marah. Bila tanya kat mana atau dengan siapa, rasa terkongkong.

Yang indah semua bertukar jadi menyampah.
Tengok muka rasa nak ludah.

Ini kesilapan yang paling ketara dalam mana-mana hubungan. Masalah untuk maintainkan apa yang pernah kita buat pada pasangan kita. Cuba bagi aku sebab kenapa nak kena berubah lepas kau dah dapat orang yang kau nak tu?

Bosan? Kalau bosan, cakap.
Dah taknak? Pun cakap.

Memang lah mula-mula tu sakit. Tapi takdelah sampai rasa nak mati macam tak ada Tuhan pulak kau ni. Hidup ni kena sentiasa pandang ke depan. Kalau kau taknak dia, mesti ada orang lain nak. Kita memang dah disediakan jodoh sejak kita lahir lagi. Kalau ada orang yang tak kahwin lagi sampai tua atau sampai dia mati, mungkin jodoh atau pasangan dia dah mati dulu sebelum mereka berjumpa.

Macam orang lain selalu kata lah.
Soal rezeki, jodoh dan ajal bukan kerja kita.
Itu kerja Tuhan.







Nota Manis Cik Zuera85 : And it's all about Qada' & Qadar. It's not about Karma. KZ (•̀́)



~~ Marhaban Ya Ramadhan ~~
Friday, July 20, 2012 @ 11:50 AM | 0 Comment [s]

Welcome to a celebration of the Muslim holiday of Ramadan. Observed by more than one billion Muslims around the world, Ramadan is a time for spiritual purification achieved through fasting, self-sacrifice and prayers. 

Celebrated during the Ninth Month of Islamic calendar, the fast is observed each day from sunrise to sunset. Fasting during Ramadan is one of the five Pillars of Islam. The Islamic belief that requires that Muslims perform five central duties in order to strengthen their faith. All Muslims aim to realize these five pillars in their lifetime.

Ramadan concludes with a 3-day festival known as "Eid" or "Eid ul-Fitr," which literally means "The feast of the breaking / to break the fast." The holiday marks the end of Ramadan, the holy month of fasting and is a culmination of the month-long struggle towards a higher spiritual state.

May This Ramadan be as bright as ever.

May this Ramadan bring joy, health and wealth to you.

May the festival of lights brighten up you
and your near and dear ones lives.

May this Ramadan bring in u the most
brightest and choicest happiness and
love you have ever Wished for.

May this Ramadan bring you the
utmost in peace and prosperity.

May lights triumph over darkness.

May peace transcend the earth.

May the spirit of light illuminate the world.

May the light that we celebrate at Ramadan
show us the way and lead us together on the
path of peace and social harmony.

Nota Manis Cik Zuera85 : Wish All Of You A Very Happy Ramadan Mubarak ! KZ♥ (•̀⌣•́)ง

~~ SuDaH CuKuP SuDaH ~~
@ 11:01 AM | 0 Comment [s]

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

 
Nota Manis Cik Zuera85 : I can't force anyone to Love me. All i can do is be Loveable & trust that, the right one will Love me back... Just pray for it.. InsyaAllah...~ KZ♥ (•̀⌣•́)ง 


Older Post

 tengah skodeng Hye. Leave your footstep at my Shoutbox. Your IP is: Please don't REMOVE CREDITS!. you follow me i follow you back. Thanks for visiting my blog.
Cik Zuera In Da House

ocultar mi ip diseño web corporativo

widget
widgets

Story About


<center><embed align="middle" allowscriptaccess="always" height="125" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://aminswf.webs.com/BannerFaqihahHusni.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="125" wmode="transparent"></embed></center><center>
Copy the codes and paste it on your blog.




Go to www.Cbox.ws. Widht, 200.


This template was created by FaqihahHusni. Please inform me if I use your artwork but I did'nt mention your name. Thank You all for helping me :D Best view in Google Chrome only.